Monday, December 14, 2009

Penyalahgunaan demokrasi!!

Demokrasi!!
Demokrasi adalah satu bentuk kerajaan dimana kuasa penggubalan undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat itu sendiri. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik. Dalam erti kata lain demokrasi membawa maksud kuasa di tangan rakyat.

Di Malaysia kta mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah kuasa Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda YDPA sebagai ketua negara, namun segala kuasa pentadbiran kerajaan terletak di bawah tangan Perdana Menteri itu sendiri. oleh yang sedemikian kuasa YDPA hanya tertakluk pada hal-hal agama Islam dan juga Ketua Angkatan tentera negara. Ini bermakna Baginda bertanggungjawab mengisytiharkan darurat jika berlaku apa-apa jua perkara yang boleh mengancam keselamatan negara.

Apabila menyebut perkataan demokrasi ramai diantara kita memikirkan tentang kebebasan rakyat. Kita tahu bahawa demokrasi membenarkan rakyat untuk bersuara tentang hak-hak mereka dan juga kebebasan mereka di negara ini. Namun sedemikian ada segelintir manusia yang berwarganegarakan Malaysia telah menyalahgunakan kebebasan bersuara itu sendiri. Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum, oleh yang sedemikian hak kebebasan untuk bersuara perlulah dihadkan demi menjaga keharmonian dan keamanan didalam negara.

Menghad kebebasan bersuara adalah penting supaya tidak berlaku perkara yang tidak dingini didalam negara. Kekacauan didalam negara boleh terjadi jika tidak dibataskan hak bersuara rakyat. Tidak mustahil juga peistiwa 13 mei boleh berlaku. Peristiwa ini merupakan peristiwa hitam yang berlaku didalam negara kita dan seharusnya tidak berulang kembali. Ia merupakan satu tragedi dimana pergaduhan sesama kaum antara Melayu dan juga Cina. Ramai yang kehilangan jiwa akibat daripa peristiwa itu. Punca berlakunya titik hitam itu adalah disebabkan ketidak seimbangan antara kaum dari segi ekonomi,hak-hak istimewa dan juga perasaan ingin menunjuk kuat didalam diri masing-masing.

Oleh itu kita sebagai rakyat seharusnya tidak menyalahgunakan hak kebebasan untuk bersuara kerana ia boleh menghuru-harakan keharmonian yang kita kecapi sekarang ini.
Kepada parti-parti pembangkang diluar sana, diingatkan supaya tidak menggunakan kebebasan bersuara ini untuk meraih undi dan sokongan daripada rakyat. Menggunakan kebebasan bersuara untuk mewujudkan sentimen perkauman adalah satu perkara keji dan amat hina sekali.

Pihak kerajaan seharusnya mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sebagai satu langkah yang proaktif untuk menyekat mana-mana golongan yang menyalahgunakan hak kebebasan untuk bersuara. Walaubagaimanapun ingin saya nyatakan bahawa parti kerajaan seharusnya tidak menyalahgunakan ISA sebagai satu senjata untuk mngekalkan kuasa untuk memerintah. Penwujudan satu suruhanjaya yang bebas dari mana-mana ikatan parti pembangkang mahupun pihak kerajaan adalah perlu dalam menjamin ISA tersebut tidak disalahgunakan.